Di sebuah Restoran Timur Bumiputra, terdapat dua orang lelaki sedang menghabiskan makanan sup daging. Kelihatan ramai orang makan masakan timur di restoran tersebut. Dua orang lelaki tadi dalam keadaan kekenyangan. Seorang lelaki berbadan besar di kenali sebagai Tarantino dan seorang lagi di kenali Hitchcock. "Burpp..alhamdulliah". Mereka berdua sedawa kerana kekenyangan. Oh islam rupanya mereka berdua, ceh!, (penulis buat lawak seketika). Mereka berdua ini lebih di kenali sebagai kumpulan 2 sejoli, 1 impian kerana bekerja di tempat yang sama iaitu Angkatan Belia 4B (Baik, Buruk, Bodoh, Bangang). Itulah mat-mat belia sekarang di Malaysia.
Selepas makan, mereka berbual tentang isu hangat atau gosip artis yang sedang hangat di majalah Mangga, URTV, Mastika pun ada!, tentang "seorang artis perempuan glamor tidak mengaku ibunya seorang penjual kerepek!". Kemudian dua lelaki itu berbual tentang kenapa perkara ini boleh berlaku di manakah silapnya seorang anak tidak pedulikan mak, tidak menjaga emak, maruah dan tidak ada perasaan kasih sayang. Hmm, kalau orang belia 4B bercakap ke, orang pemimpin dan ahli politik cakap memang rhetorik, tapi mereka buat benda yang sama. Sila lah korang lihat cermin. Sedang mereka rancak berbahas, mempersoalkan kenapa anak tak jaga ibu dikala umur senja ini, dan tiba-tiba kelihatan sebungkus beg plastik warna merah penuh dengan isian kerepek dan keropok yang di bawa oleh mak cik agak tua dan lesu. Kemudian mak cik itu mengeluarkan kerepek kentang, kerepek bawang dan pelbagai kerepek lalu penuh di atas meja supaya dua orang lelaki 2 sejoli, 1 impian simpati dengan mak cik itu. (ini adalah strategy marketing "the mak cik kerepek").
Salah seorang lelaki itu berkata "tak apa mak cik, saya dah ada kerepek kat rumah", terpaksa menipu untuk mengelak beli. Kemudian mak cik itu menjawab "Eh tak pa dik, akak bukan memaksa, itu kerepek kat umah, tapi belilah sekarang boleh makan". Mak cik itu kata dia tak paksa, tapi dia paksa dua lelaki itu beli. Kemudian dua lelaki itu mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas sambil menyebut serentak "Kami tak mahu beli", kata-kata slogan seakan seperti "Katakan TIDAK pada rokok". Kemudian, mak cik itu berkata "Beli la dik, mak cik nak balik ni". Ini menunjukkan bahawa mak cik ini terpaksa menghabiskan jualan kerepek pada hari tersebut kerana dia ada margin jualan, atau dia takut kena potong gaji. Boleh jadi ini ada satu sindiket jualan secara berkumpulan. Berbalik pada cerita asal itu, mak cik itu memasukkan kembali kerepek-kerepek itu kedalam bungkusan plastik warna merah. Kemudian, kita memperlihatkan sebuah majalah hiburan URTV di dalam beg plastik, keluaran November terbaru dan tajuk di depan majalah menyebut : "Sofia, tidak mengaku ibunya penjual kerepek". dan kelihatan lain "Produser filem malu mengambil Sofia berlakon lagi takut tak BOX OFFICE", "Dia bukan ibuku"- Sofia.
Kemudian, lelaki itu bertanya "Mak cik, Sofia ni anak mak cik ka?". Lalu mak cik itu menjawab "Ye anak", jawab dengan keadaan lesu. Keadaan di restoran menjadi senyap seketika, lalu memperlihatkan semua orang tetamu di restoran memandang ke arah mak cik itu setelah dia membuat pengakuan. Lalu, mak cik itu beredar dari restoran menuju ke jalan raya. Dalam masa yang sama kelihatan wartawan, juru gambar, TV3, BERNAMA datang menemuramah mak cik itu di tepi jalan raya.
Seminggu selepas kejadian itu,
"the mak cik kerepek" usahawan yang berjaya. heboh satu Malaysia, mak cik itu begitu laris jualan kerepek, dek kerana tumpang isu hangat anaknya yang bangsat itu. Secara tidak langsung mak cik itu popular seketika.
itu lah dunia, selagi ibu masih hidup jagalah dengan baik-baik sebelum mereka tiada.